Wakaf Seetee Aisah 2 Dijangka Siap Dalam Tempoh 36 Bulan

30th, May 2022
node.field_image.alt

Kerja-kerja pembinaan projek terbaharu UDA Holdings Berhad (UDA) di Pulau Pinang iaitu Wakaf Seetee Aisah 2 kini memasuki fasa ‘substructure ‘yang merangkumi pembinaan struktur bawah atau struktur asas bangunan. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd. Salem Kailany berkata, kerja-kerja ‘superstructure ‘atau memasang struktur asas lain seperti tiang dan rasuk bangunan pula dijangka dimulakan dalam masa terdekat iaitu menjelang pelancaran projek tersebut bulan depan. projek itu menawarkan sebanyak 572-unit kediaman iaitu 150 rumah kos rendah berkeluasan 74.3-meter persegi (mps) dan 422 -unit kondominium (88.2 mps) pada harga serendah RM299,000 (untuk kondominium).

References: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/wakaf-seetee-aisah-2-dijangka-siap-dalam-tempoh-36-bulan

  • BOP Logo

  • WhatsApp